Refi
+-

User

Welcome, Guest.
Please login or register.
 
 
 
Forgot your password?

JUMLAH PELAWAT

page visitor counter

KEBENARAN MERANCANG SEGERA (KM48)

APA ITU KM48
Prosedur kelulusan Kebenaran Merancang dalam tempoh 48 jam untuk jenis permohonan bukan projek dan mudah.

JENIS-JENIS PERMOHONAN KM48

  1. Permohonan KM Susun Atur Kediaman Bertanah (Landed Housing) dan Pertanian.
    1. Cadangan pecahan 4 petak / lot dan ke bawah.
    2. Perancangan semula susun atur lot yang tidak melibatkan rizab awam (jalan, kawasan lapang, pencawang elektrik dsb) dan tidak melebihi 15 petak/lot (kecuali telah mendapat sokongan agensi berkaitan).
    3. Pindaan pelan KM yang melibatkan penyelarasan tajuk dan butiran pelan.
    4. Cantuman lot-lot tanah. e. Pecah sempadan atau pecah bahagian tanah yang mengekalkan syarat asal pertanian dengan petak pecahan melebihi 1 ekar.
  2. Permohonan KM Pendirian Bangunan Kediaman Bertanah.
    1. Pendirian 1 unit kediaman rumah sesebuah* 2 tingkat dan ke bawah dengan bilangan bilik tidur minima 3 bilik dan maksima 5 bilik setiap unit termasuk pindaan KM berkaitannya.
    2. Pendirian 2 hingga 4 unit kediaman berkembar** (bukan strata) 2 tingkat dan ke bawah dengan bilangan bilik tidur minima 3 bilik dan maksima 5 bilik setiap unit termasuk pindaan KM berkaitannya.
    3. Perobohan dan pendirian semula 2 hingga 4 unit kediaman berkembar** (bukan strata) 2 tingkat dan ke bawah dengan bilangan bilik tidur minima 3 bilik dan maksima 5 bilik setiap unit termasuk pindaan KM berkaitannya.
    4. Pindaan pada KM pendirian bangunan bagi projek skim kediaman bertanah (bukan strata) yang tidak melibatkan perubahan unit.
  3. Permohonan pelan KM yang dikeluarkan surat penarikan balik kurang daripada tiga (3) tahun.
  4. Pelan KM yang dikeluarkan Borang C(1) (sijil kelulusan) yang luput kurang daripada tiga (3) tahun.
  5. Permohonan lanjutan kelulusan pelan KM kali yang pertama dan kedua.

Nota :   *           Lot-lot yang belum mempunyai pelan susun atur.

            **         Bagi permohonan 3 dan 4 tingkat perlu mengemukakan perakuan daripada Syarikat Air Terengganu (SATU).

CARTA ALIR KM48

carta ali km48 (https://cdn1.imggmi.com/uploads/2018/10/22/a00ec91f8358aabfbca9d87e137060d1-full.png)

WAKTU OPERASI KM48

WAKTU OPERASI KM48


PRA RUNDINGAN

Hari : Sepanjang Waktu Pejabat

PENDAFTARAN

Hari : Setiap Isnin *
Masa : 9.00 A.M – 1.00 P.M dan 2.00 P.M – 4.00 P.M

PENGAMBILAN DOKUMEN KELULUSAN

Hari : Setiap Rabu *
Masa : Bermula 3.00 P.M – 5.00 P.M
Hari Seterusnya : Sepanjang Waktu Pejabat

 

* Sekiranya terdapat cuti umum maka akan diganti pada hari yang berikutnya.

 

HUBUNGI KAMI

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

 

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

Jabatan Perancangan Bandar,

Tingkat 5, Menara Permint,

Jalan Sultan Ismail,

20200 Kuala Terengganu.

 

Tel: 09-6271245

 

Faks:09-6271150

 

Puan Khairin : 017-7726511

 

Puan Faizah : 017-9157771

 

Encik Wan Fakhruddin : 019-2124345